aku selalu fikir +ve mcm ni.. in case aku tdk berpeluang utk menjadi ibu..
-mungkin sbb aku xmampu untuk jadi seorang ibu yang terbaik..
-menggalas tangungjawab sebagai seorang ibu sgt berat.. mendidik, membesarkan.. bukan mudah..
-Allah tdk mahu aku menangung dosa yang mungkin anak-anakku lakukan.. hidup di dunia akhir zaman bukan mudah.. dan lihatlah bagaimana anak-anak dan remaja kini..mampukah kita sbnrnye menanganinya?
-mungkin anakku cacat dan Allah tahu aku xmampu menangungnya..
Allah lewatkan aku mengandung mungkin juga kerana....
-Allah mahu aku lebih bersedia menjadi ibu..
-Allah mahu aku cukup kuat untuk membesarkan anak-anak dengan dunia yang penuh cabaran kini
-Allah mahu aku kumpul dulu wang bagi menampung perbelanjaan anak-anakku (kembar mungkin) yeeyyeye!
- Allah nak aku habiskan master dulu supaya bila morning sickness xdelah keje aku tertangguh! hehee
sungguh Allah maha mengetahui segalanya...Dia akan berikan yg terbaik buat kita semua.... kadang-kadang kita fikir inilah waktu yang terbaik..kita dah bersedia untuk menimang cahaya mata.. tapi Allah lebih tahu segalanya.. bersabarlah dan terus berdoa... ingat sebab Allah sayang kita diuji kita...